Selasa, 11 Desember 2012

MOTIVASI DIRI

Serlahkan Potensi Diri
Jika saya punyai rahsia kerja lebih bijak, bukan lebih kuat – adakah anda ingin mengetahuinya? Rahsia ini adalah kunci untuk menyerlahkan potensi diri anda. Sedia? Ini rahsianya:
Kerja secara bijak adalah mengenai mencari cara terbaik untuk bekerja dengan apa yang kita telah miliki iaitu minda, tubuh, emosi dan perkembangan diri, daripada cuba melawan batasan fizikal diri sendiri.
Saya telah menyentuh tentang kerja secara bijak bukan kerja kuat dalam dua tulisan terdahulu, “Bekerja Secara Bijak Bukan Kerja Kuat“ dan “Jangan Kerja Keras Kerja Bijak“.

Jangan Pandang Belakang

Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan di masa lalu. Untuk berjaya, anda perlu belajar dari masa lalu dan hargai pengalaman sukar yang telah dilalui tetapi jangan memikirkannya. Anda perlu maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, buat keputusan yang lebih bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar.

Menyedari Potensi Diri

Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai potensi untuk mencapai matlamat anda. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi artis rakaman tetapi tidak mempunyai kebolehan menyanyi, mencapai kejayaan dalam bidang ini adalah sesuatu yang tidak mungkin. Walau bagaimanapun, jika anda suka mengajar dan mempunyai bakat dalam memberi syarahan, dan kepada anda kejayaan bermakna mempunyai firma latihan sendiri, anda mempunyai potensi untuk belajar dan mencapai kejayaan tersebut.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar